© 1997 Oleh Jack21
Merayau-rayau Bersama Jack21 
Saya kerap merayau ke Lokasi Web berikut.  
Jikalau berminat untuk merayau sama, pilih mana suka.  
Barangkali anda juga boleh mendapat maklumat yang berguna. Hehe... 
 
| Hello! | Kenapa 21? | Ke Mana? | Mencari Saya? | E-mail |
| Membina HP | Elemen Web | Lokasi Web | Tolong! | HP Anda |
 © 1997 Oleh Jack21 (Kuala Lumpur, Malaysia) Hakcipta Terpelihara

| alamat email | enjin carian | berita tanahair | berita dunia | belajar bahasa Inggeris |
| maklumat am | komputer & internet | kad elektronik | hiburan & rekreasi | lokasi web Islam 
Alamat Email 
  • Email percuma nak? Kalau guna alamat clinton@usa.net boleh retrieve terus ke pc. Tak payah lama-lama on-line. Save budget. Hehe. Buat saja profil sendiri kalau kongsi akaun internet ngan abah. (Kalau pengguna Netscape Communicator 4.0 + nak tahu lebih lanjut, hubungi saya.)
  • Yaaaaaaaahooooo! ello.. ello... bukan citer hindustan e. Ni pun alamat email. Boleh set anti-spam. Dapat baca berita...lagi.
  • Kalau selalu je panas hati, pakai le alamat panashati@hotmail.com. Amacam? Hehe...
  • Tapi budakkota@mailcity.com lagi cun.
Enjin Carian 
  • Kalau di tanya enjin apa yang best untuk mencari alamat di internet, saya tak tau. Saya suka pakai enam (6) enjin sekaligus! Hehe... Cubalah... Lum cuba lum tau! Metacrawler
  • Webcrawler ni saya tak tau dia pakai enjin apa. Tak ingat, sebab lama tak pakai.
  • Kalau dah pakai email yahoo apalagi... Yahoo! sajalah, guna enjin Magellan 
  • Alta Vista pun guna enjin Magellan 
  • Alta Vista (Asia) guna kemudahan Alta Vista (Magellan gak).
 
Berita Tanahair 
  • Saya jarang baca suratkhabar terbitan Malaysia. Kalau nak membaca juga merayaulah ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau The Star. Kalau terklik alamat-alamat itu saya baca tajuk berita dan satu atau dua perenggan sahaja. Rencana pun begitu juga.
  • Majalah terbitan Malaysia saya tak baca. Fikiran saya lebih lapang apabila mengulang baca al-Quran (dan terjemahannya), Aesop, jokes atau bahan-bahan terbitan luar negeri (sekurang-kurangnya saya sedar kacamata apa mereka pakai! hehe...). Majalah hiburan dalam negeri lagi saya tak suka. Entah. Kulit je dah macam majalah erotik!
Belajar Bahasa Inggeris! 
  • Bahasa adalah alat menggali ilmu. Macam cangkul! Hehe... Nak menggali ilmu orang jawa kena mahir honocoroko. Kalau jumpa Tei kenalah habak lu kong wa bo bat (hang cakap aku tak paham!) Nak menggali ilmu omputih kena gunalah cangkul Inggeris. Cuba ke BBC dan belajar melalui internet! Di Big Dog pun boleh belajar nahu bahasa Inggeris. (Saya syorkan anda salin penerangan Big Dog. Satu dokumen sahaja!) Lagi mengenai nahu boleh belajar di sini. 
Berita Dunia 
  • Sebenarnya saya tidak boleh dikatakan suka membaca berita, tetapi bolehlah dipanggil pembaca tajuk dan perenggan pertama berita. Hehe.. Itu sebabnya saya jarang beli suratkhabar. Rugi! Sambil-sambil minum pagi (bukan di bulan Ramadhan lah) di restoran mamak tu belek-beleklah suratkhabar. Hanya apabila ada berita atau rencana menarik saya belilah. Tak kiralah suratkhabar apapun asalkan dari kumpulan Utusan, NST,  The Star ataupun The Sun. Suratkhabar atau majalah 'nyamuk' tu membazir duit saja. 
  • Untuk membaca berita saya buka email di yahoo.com kerana berita dari Yahoo! dikemaskini setiap sejam dengan kerjasama Reuters. Kalau buka email di usa.net saya bacalah LA Times. Kalau di mailcity.com saya bacalah Infobeat. Hehe... Berita dunia ni lebih seronok dibaca.
  • Kalau banyak masa on-line, saya belayar ke seberang. Saya cari majalah Gatra majalah mingguan Indonesia. Kadang-kadang saya cari Tempo . Kalau boring sangat saya baca lelucon Aesop.
Maklumat Am  Lokasi Web Mengenai Islam 
  • Allo...allo pakcik... pakai anting-anting emas putih segala ni dah tau ke hukumnya? Dah tanya Tok Guru di Masjid  AnNur ke?.
  • Kalau tidak, kita baca dahulu khutbah dari Mesjid Negara.
  • Kalau tak percaya juga, pergilah jumpa JA dan baca balik al-Quran tu... 
  • Laa... tak pandai baca jawi pulak. Kena belajarlah. Tak pun tanya adik-adik yang berijazah dari Sekolah Agama ini. Hal nak menuntut ilmu ni tak boleh malu-malu.
  • Pssssstttttt.... camna nak faham al-Quran ni? Bahasa Arab ler... terjemahan Bahasa Melayu takde ke? Omputeh ke...
  • Nak tahu berapa banyak perkataan baca (read) dalam al-Quran?.
  • Ok lah... jom kita jumpa Pusat Islam. Tanya Tok Guru di sana.
  • Jauh sangat? Kalau hang oghang Kuala Kedah mai le sini.
  • Kamu orang Sabah rupanya. Tak mengapa... Kita ke Kota Kinabalu.
  • Lohh! Sampean wong Kelang karo Tanjung Karang yo merene wae! Hehe.. betul ke bahasa Jawa tu?
  • Eh yong? Aurat tu kena tutup le dulu. Nak pesen apa aja... pilih ajalah di Busana Muslimah
  • Oooolaaa... kabor le nak pergi lain ari. Eh iya? Mike ior betui..? Bile ke masenye dah masuk wektu asar? Alangkah best-nye kalau pc buleh azan!
 
Mengenai Komputer & Internet  Mahu Mengirim Kad Elektronik? 
Hiburan & Rekreasi 

Malaysia 

  • Zaman dahulu orang berborak di warung atau simpang-simpang jalan, tetapi sekarang di Studio Borak Amboi atau  KL972 je. Tak payah keluar rumah. Tak payah belanja air. Pakai cawat aja pun takda orang yang tau... Hehe. kl972.
 Lelucon (Humor) 
Hiburan & Rekreasi 

Lain-lain 

  • Kalau sedang dalam kesedihan, cuba-cubalah ke HappyNet.
  • Tidak pun belayar le ke Toiletology boleh abah baiki tandas tu! Hehe... 
  • Sebelum melalak dalam bilik mandi tu, tengok dulu apa yang dikatakan sebagai muzik.
  • Laaa... nak Muzik Underground pulak.... 
  • Ada bakat nak jadi Sheila Majid ke? 
  • OOpps.. nak jadi P Ramlee.... kisahnya.
  • Dah jumpa DOL ke belum? kita tengok koleksi lagu abang DOL dulu.
  • Jikalau nakkan senarai HP artis "buatan" Malaysia pergilah menuntut dengan tok Cari.
  • Apabila dah siap melalak dalam bilik mandi tu boleh le sewa dvd ke, vcd ke atau vhs. Nak tahu nama tajuk filem semak dahulu di pengkalan data wayang gambar.
  • Jikalau di sinun pun tak cukup, tengok maklumat di MOVIEWEB 
  • Nak main silap mata tak?
  • Kenapa ni? Dari tadi senyap je. Laaa.. lain kali bertanyalah. Segan? Laaa.. Meh sini pakcik tunjuk jalan nak tengok apa penyakit kamu nih.
  • Kalau tak jumpa juga kita check di sini.
  • Lokasi ini khas untuk orang yang pernah saya jumpa di Amboi guna nama SiButa. Hehe jangan marah ye..

| Hello! | Kenapa 21? | Ke Mana? | Mencari Saya? | E-mail |
| Membina HP | Elemen Web | Lokasi Web | Tolong! | HP Anda |
 © 1997 Oleh Jack21 (Kuala Lumpur, Malaysia) Hakcipta Terpelihara
  1