Matlamat Sekolah adalah selaras dengan "Falsafah
Pendidikan Negara" iaitu "Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Ianya untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara."
|