Kewajipan Setiap Muslim Yang Menuntut Ilmu Agama.
Pelajar-pelajar adalah pelapis generasi penggerak, menggerakkan masyarakat
kepada memahami Islam dan seterusnya
menjadikan Islam sebagai suatu sistem kehidupan. Oleh itu tuntutan
kepada ( mahasiswa-mahasiswi )
bukan sekadar berjaya membawa segulung ijazah semata-mata, tetapi sebaliknya
kita juga, mestilah
mempunyai kemampuan-kemampuan sepeti berikut:
1. Mampu menguasai ilmu agama.
2. Memahaminya.
3. Mengamalkannya.
4. Menyampaikannya kepada masyarakat.
5. Mengubah masyarakat kembali kepada Islam yang sebenarnya.
Mafhum Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan di antara manusia
itu, ada orang yang membeli (memilih) cerita
kosong, dengan tiada pengetahuan (tanpa ilmu) untuk menyesatkan
(orang) dari jalan Allah, dan dijadikan (jalan
Allah) itu menjadi olok-olok. Itulah orang-orang yang mendapat
siksaan yang menghinakan”(Luqman: 6)
Begitulah seterusnya,
kita tidak akan mampu menyampaikan Islam yang sebenarnya tanpa ilmu agama
yang
mendalam, dan dakwah tidak akan diikuti oleh orang lain jika kita masih
belum beramal dengan apa yang
disampaikan, mafhum firman Allah taala yang bermaksud:
“Mengapakah kamu menyuruh orang yang lain melakukan kebaikan,
dan kamu melupakan dirimu sendiri ?
dan kamu membaca Kitab (Allah) apakah kamu tidak berfikir.?
(Al-Baqarah: 44)
Di samping mendalami
ilmu agama, sebagai memenuhi amal Islami, kita perlu melibatkan diri, di
dalam
persatuan atau organisasi, supaya dengan ilmu, kefahaman, pengalaman
dan sebagainya, dapat kita sumbangkan demi
untuk memantapkan lagi, kesatuan tersebut. Menceburkan diri atau mengikuti
program-program yang disediakan
seperti muktamar, simposium, ceramah, pembentangan kertas kerja, diskusi,
qiamullail, usroh dan sebagainya.
Segala pengalaman
yang kita lakukan ini, dapat memberi suatu kekuatan atau cara yang terbaik,
apabila kita
diberi tanggungjawab yang lebih besar, iaitu tugas mengembangkan agama
Allah Taala, mengajar dan mendidik
masyarakat ke arah keredhaan Ilahi. Contohnya seperti program
usroh, dapat membentuk diri menjadi seorang yang
berfikiran tinggi, mempunyai kefahaman yang jelas tentang Islam, cita-cita
tinggi, melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan sebagainya. Sehinggalah seseorang itu mampu dan
bersedia untuk melaksanakan apa jua
tanggungjawab dan peranan yang akan diberikan kepadanya, patuh kepada
arahan dan bersedia berkorban untuk
mempertahankan Islam.
Matlamat Atau Hala Tuju Amal Islami.
Mafhum firman Allah Taala bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman
dan mengerjakan perbuatan baik, merekalah isi syurga, mereka kekal di dalamnya.”
(Al-Baqarah: 82)
Berdasarkan ayat ini, menunjukkan kepada kita, sesungguhnya Allah Taala
menyediakan Syurga sebagai
ganjaran bagi hambaNya yang melakukan amal kebaikan. Oleh itu,
untuk memastikan segala amal gerak kerja ini,
diterima Allah S.W.T, manusia memerlukan kepada ketulusan hati yang
ikhlas dan suci murni, hanya mengharapkan
keredhaan Allah Taala dalam segala gerak kerja yang dilakukan, bertepatan
dengan Mafhum firman Allah Taala yang
bermaksud: “Dan mereka tidak diperintah melainkan hanyalah untuk
beribadat kepada Allah Taala, dengan tulus
ikhlas beragama untuk Allah semata-mata” .(Al-Bayyinah:
5)
Selepas kejatuhan
empayar kerajaan Islam pada zaman khalifah Othmaniah, para ulamak mengambil
suatu
iniasitif bagi mengembalikan suasana yang tidak sihat dan sebagainya
di dalam masyarakat manusia, khususnya
masyarakat Islam, dengan melaksanakan beberapa seterategi dan program-program
untuk umat Islam dan petugas-
petugas Islam bagi melawan arus serangan musuh teradisi, iaitu Yahudi
dan Nasrani. Namun begitu, kesan daripada
penjajahan idologi musuh ke dalam masyarakat Islam masih menebal, tetapi
kita sebagai pemegang-pemegang amanah
ilmu, dengan penuh keyakinan menyatakan, kebenaran Islam pasti menang.
Mafhum firman Allah Taala yang
bemaksud:
“Dan katakanlah: Telah datang yang benar dan lenyap yang palsu;
sesungguhnya yang palsu itu, pasti lenyap”
(Al-Isra’: 80)
Kesemua gerak
kerja ini, terkandung dalam amal Islami, bertujuan untuk mengembalikan
semula,
kegemilangan kedaulatan Islamiah. Apabila negara Islam yang sepatutnya
menjadi benteng untuk mempetahankan
Islam tidak ada, maka petugas-petugas Islam inilah yang menelopori
kerja-kerja amar ma’ruf, nahi mungkar,
dan menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya.
Selamat berkunjung ke laman kami.
Sekian, wassalam.
Unit komputer,
Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.
(Unikom)