Keutuhan
Ribat, Jaminan Kejayaan
Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud :
“ Ketahuilah bahawa
paksi Islam akan sentiasa beredar, maka beredarlah bersama Islam ke mana-mana
sahaja. Ketahuilah
bahawa antara al Quran dan pemerintahan itu akan berpisah, maka hendaklah
kamu terus bersama al
Quran ( Islam )”.
Di kesempatan yang sedikit
ini, terlebih dahulu ana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada unit
komputer MKKK (Unikom) kerana sudi menyediakan secebis ruangan buat ana
mencatatkan beberapa kalimah sebagai renungan kita semua.
Saudara/ri rakan seperjuangan,
Dalam menilai
kembali kebenaran kita di bumi kinanah ini dan melebar luaskan lagi penelitian
dan
pemerhatian kita terhadap
realiti masa, masih kedapatan kepada kita pergolakan dan rencam hidup yang
malang yang masih tidak berkesudahan terus menimpa ummah ini.
Keadaan ini
di tambah parahkan lagi bila ia dijadikan senjata untuk melemahkan dan
menghancurkan
kekuatan dan perpaduan
umat negara Islam. Inilah sebahagian daripada cabaran baru kepada Islam
dan gerakan Islam di abad ini. Mereka kini sedang dan terus mengatur strategi-strategi
baru dalam usaha-usaha mereka untuk membantutkan kebangkitan Islam. Golongan
kuffar dan sekutu-sekutunya yang diterajui oleh Amerika dan kuasa-kuasa
barat begitu sekali bimbang dengan kebangkitan Islam. Sungguhpun mereka
tidak mengisyhtiharkan perang secara rasmi ke atas Islam, tetapi tindakan
dan percaturan politik mereka sudah cukup memberi peringatan kepada kita
tentang penentangan terhadap Islam yang mereka lakukan itu telah memenuhi
ciri-ciri peperangan.
Sahabat-sahabat sekalian,
Fenomena kebangkitan
semula Islam ini merupakan arus yang begitu deras dan menggugat sesiapa
sahaja
yang mencuba menghalangnya.
Menyedari hakikat ini mereka juga telah merubah strategi dengan menyadurkan
Islam kepada kebendaan atau materialisme yang dianuti mereka lantas mengemukakan
teori-teori baru tentang Islam untuk disesuaikan dengan apa yang mereka
amalkan bagi memenuhi citarasa mereka. Mereka memperalatkan modernis agama
yang berfikiran sekular untuk membuat tafsiran-tafsiran baru tentang Islam
bagi menghalalkan setiap tindakan mereka
walaupun ia jelas
bercanggah dengan norma-norma Islam yang sebenarnya. Lebih malang lagi
jika kedapatan segelintir daripada azhari/yat yang sanggup bersekongkol
dengan golongan ini, lalu melacurkan ilmu yang dimiliki hanya semata-mata
inginkan cebisan habuan duniawi.
Ikhwah dan akhawat yang
dikasihi
Melihatkan kembali
waqie’ semasa tanahair kini, secara sedar golongan musuh Islam ini mula
menggerakkan
kembali dakyah-dakyah
palsu dan ‘ makar-makar ‘ bertopeng bagi menarik simpati dan mengaut semula
keselesaan mereka yang makin tergugat, lantaran derasnya arus perubahan
yang melanda ummah kini. Mereka kini terasa terhimpit dan gugup dalam menghadapi
realiti yang cuba dinafikan pengaruhnya yang semakin meluas. Kesatuan fikrah
dan tindakan yang dibentuk kini amat membimbangkan mereka. Apakah nasib
dan kedudukan mereka selepas ini......?. Ya ! Inilah kebangkitan semula
Islam yang semakin terserlah sinar cahayanya. Namun, sengaja atau tidak
masih ada lagi dikalangan kita yang tidak mahu menerima perubahan ini bahkan
dirasakan seolah-olah sensitiviti diri dalam hal ini.
Amat malang lagi apabila
ia tidak mampu untuk bersama-sama mengutuhkan ribat Islami yang diperjuangkan
berwadahkan PMRAM dan MKKK. Ia masih terus merasa selesa berada di platform
kecelaruan malah terus berdolak dalik menerima kenyataan pasti ini dengan
mengemukakan doktrin yang pelbagai bagi mengelak bersama, suara perpaduan
dan kesatuan Islam ini. Lantas ia menjadi sebahagian daripada penghalang
kejayaan Islam dikedudukan kini.
Ayuh! sahabat-sahabat
sekalian, marilah kita menghayati dan menyedarkan kembali peranan bersama
yang
sewajarnya dimainkan
oleh kita semua guna mengutuhkan ribat Islami demi melihat kejayaan semula
dan ‘siadati’ Islam dipersada ini.
Sekian wassalam.
AHMAD. SOFI B. ABDULLAH
YANG DI PERTUA
MAJLIS KEBAJIKAN KELUARGA
KEDAH SESI 1998/99,
KAHERAH, MESIR.
Home
MKKK
all right reserved 1999
Created
by WildaniansCopyrightCreative