1] Majlis Sambutan Aidilfitri
( SAF)
-Merupakan salah satu program Mega MKKK yang diadakan setiap tahun.
-Sebagai suatu majlis sambutan meraikan kehadiran Syawal dan kemenangan
kepada umat Islam
yang benar-benar menghayati Roh Madrasah Romadhon yang lalu.
-Antara pengisian :
=Majlis jamuan rumah terbuka untuk semua ahli Kedah
=Malam Sinaran Syawal sebagai acara penyeri di malam tersebut
yang mempersembahkan
acara seperti ; Burdah, Nasyid , Pentomen, Sajak, Monolog dan
acara penonton.
-Bertujuan menghimpunkan seluruh ahli Kedah samada yamng berada di
cawangan atau di
Kaherah agar dapat bersama berhari raya,menjalinkan serta mengukuhkan
ukhuwah yang terbina.
2] Majlis hari Ucapan Dasar
-Merupakan program mega tahunan yang menghimpunkan seluruh Ahli Majlis
Kebajikan
Keluarga Kedah keseluruhannya.
-Bertujuan memberi penjelasan sebenar kepada ahli berkaitan misi &
visi MKKK setiap tahun
-Membentuk satu kesatuan dan kerjasama erat antara barisan kepimpinan
MKKK dan para ahli.
-Melahirkan rasa keprihatinan ahli terhadap program yang dianjurkan
serta memantapkan rasa
ukhuwwah antara dua pihak agar benar-benar terjalin mantap.
-Antara pengisian :
* Pembentangan Ucapan dasar Yang Dipertua MKKK dan mauqif pembawaan
MKKK
* Pembahasan ucapan dasar oleh setiap ahli serta perbincangan ilmiah
dan mengaju
permasalahan.
* Pelancaran Tema MKKK setiap tahun
* Anugerah cemerlang dan seumpamanya.
* Program pengisian Ilmiah seperti Forum serta ceramah perdana atau
seumpamanya,
Mini bazar MKKK serta pameran Komputer Homepage,barangan intaj
MKKK dan
seumpamanya.
3]Hari Anugerah Cemerlang MKKK
-Merupakan salah satu program Mega MKKK yang diadakan setiap tahun
-Bertujuan meraikan para Graduan dan pelajar Cemerlang Al Azhar dari
negeri Kedah yang
berjaya dalam pelajarannya di Universiti Al Azhar ini
-Antara pengisian program tersebut seperti ,
· Ucapan tahniah dari YDP MKKK
· Ucapan Wakil Graduan dari setiap cawangan dan fakulti
· Anugerah cenderahati kepada yang berjaya
· Majlis jamuan kesyukuran untuk semua ahli.
4]Mesyuarat Agung MKKK (MAT)
-Mesyuarat yang diadakan pada akhir sesi pentadbiran MKKK setiap
tahun sempena pertukaran
Ahli Jawatan Kuasa Tadbir MKKK yang baru.
Antara pengisian :
-Perbentangan minit mesyuarat Agung yang lalu.
-Membincangkan permasalahan ahli dan persatuan .
-Perbahasan usul serta cadangan
5] Medan selera Darulaman( MSDA
) MKKK
-Merupakan aktiviti tahunan anjuran Badan Ekonomi MKKK yang diadakan
pada musim cuti.
-Menghidangkan juadah, santapan serta resepi terkini tanahair .
-MSDA ini adalah melibatkan ikhwah dan akhawat ahli MKKK
-Bertujuan memantapkan ekonomi MKKK serta memberi peluang kepada ahli
menimba
pengalaman berniaga, lebih-lebih lagi dalam kegawatan Ekonomi kini.
-Menjalinkan persefahaman dan semangat ukhuwwah antara ahli.
PROGRAM SAMPINGAN MKKK
Prisma Kasih Serakan Sayang
-Merupakan salah satu program Unit Muzakarah berbentuk aktiviti ziarah
mahabbah para exco
kerumah-rumah ahli sekitar Kaherah.
-Bertujuan bagi menyelesaikan sebarang permasalahan para ahli.
Malam Tarbiah
-Merupakan program pengisian rohani berbentuk pengisian ilmiah dan
muhasabah diri
-Merupakan program mingguan yang diadakan setiap malam Jumaat.
-Antara pengisiannya :
* Solat hajat
* Bacaan Al Quran & pengkhataman
* Zikir
* Tazkirah & taujihat
* Qiamullail
Muzakarah Berkelompok
-Merupakan program mingguan yang dijalankan secara berkelompok dan
di bawa oleh seorang
naqib berbentuk usrah.
-Aktiviti tersebut juga dikenali dengan Nizam Halaqah yang menampilkan
pengisian ilmiah,
thaqafah serta berharaki dengan pembawakan manhaj tertentu di bawah
penyelarasan Lajnah
Dakwah PMRAM
Suara Kampus Kedah (SUKEK)
-Diterbitkan 2 kali sebulan di bawah kelolaan Unit Penerbitan MKKK
-Menampilkan artikel ilmiah hasil sentuhan pena azhari/ah Kedah di
bumi Al Azhar.
-Membawa Mesej ketajaman pena Ulama pemangkin kejituan mentaliti ummah
dengan
bertemakan : Mencorak Ketamadunan Ummah.
-Mengemukakan pandangan bernas, jitu, tajam serta tepat kepada sasaran.
Kelab Pidato
-Bertujuan menyungkil bakat ahli berpidato
-Mengadakan program latihan praktikal bagi berdepan dengan
masyarakat,
-Menampilkan tenaga pelatih yang berwibawa dan berpengalaman
luas,antaranya;
Ț Us. Azman Syafawi Abd. Rani
Ț Us. Aidil Adha Tahir
Ț Us. Mohd. Noor Hamzah
Hari Keluarga MKKK
-Diadakan pada musim cuti semester kedua.
-Antara pengisiannya berbentuk sukaneka, pertandingan bola sepak ,
takraw, menembak dan
seumpamanya.
-Bertujuan menjalinkan mahabbah sesama ahli
Menguruskan Majlis Walimatul Urus
-Bertujuan meraikan pengantin baru yang baru melansungkan majlis perkahwinan
tersebut.
Simposium Perubatan
-Simposium tersebut memberi pendedahan kepada ahli kaedah penjagaan
diri dari sebarang bentuk
gangguan penyakit fizikal maupun spiritual.
-Sisposium siri pertama yang diadakan menampilkan pendedahan kepada
ahli tentang makhluk halus
dan kaedah pendinding diri dan pengawasan diri dari gangguan makhluk
halus tersebut.
sesiapa yang berminat mendapatkan kertas kerja tersebut boleh emailkan
kepada mkkk98@hotmail.com