Abrahah yang merupakan gabenor di Yaman telah mendirikan
sebuah bangunan gereja yang
dikenali di kalangan orang Arab sebagai ‘al Qalis’. Ia dibina di kawasan
jajahannya Sana’a, Yaman.
Pembinaannya melibatkan sebahagian besar penduduk Yaman, melalui kerahan
tenaga yang dilancarkan.
Akhirnya pakar-pakar binaan ini dihukum dengan memotong tangan mereka,kerana
Abrahah tidak mahu
sesiapa pun menandinginya dalam membinanya sebuah rumah ibadat yang
hebat dan beliau akan menjadi
masyhur. Lantainya diperbuat daripada batu marmar, dindingnya diperbuat
daripada susunan batu celupan
emas yang diambil daripada istana Ratu Balkis, hiasan dalamnya diperbuat
daripada emas dan perak,
manakala mimbarnya diperbuat daripada batu permata yang bermutu tinggi
nilainya. Beliau juga telah
membina sebuah bangunan seumpama Ka’abah yang sangat tinggi sehingga
terjatuh kopiah (topi) sesiapa
yang melihatnya kerana telalu tinggi.
Apabila sempurna pembinaannya, abrahah mengirim seorang utusan
yang bernama Hunatah al
Humairi menemui pemimpin Makkah, Abdul Muttalib. Bersamanya 200 ekor
unta sebagai hadiah kepada
penduduk Makkah jika bersetuju dengan rancangan Abrahah untuk menjadikan
gereja yang dibinanya itu
masyhur di segenap pelusuk Tanah Arab.
Setibanya Hunaitah di hadapan Abdul Muttalib beliau berkata,
“Wahai Pemimpin Kota Suci !
Sesungguhny aku datang bukanlah tujuan untuk memerangi kamu. Kedatangan
kami adalah untuk meminta
keizinan dari kamu untuk kami meruntuhkan rumah ini (Ka’abah). Tiada
niat di hati kami menumpahkan
darah kalian”. Diam sejenak Abd. Muttalib kerana terkejut dengan berita
tersebut. Rupa-rupanya selama ini
ada juga manusia yang dengki dan hasad keharmonian Kota Makkah. Makkah
yang menjadi tumpuan setiap
tahun dengan kedatangan sebahagian besar penduduk Semenanjung Tanah
Arab untuk menunaikan haji dan
untuk berpesta di Pasar ‘Ukaz, tempat mempersembahkan syair dan yang
terbaik akan digantung di pintu
Ka’abah. Tempat petukaran barang-barang dagangan orang desa dan kota,
melepaskan penat lelah
sepanjang tahun bekerja dengan persembahan kebudayaan dan bersuka ria.
Jika Ka’abah diruntuhkan, apalah
ertinya Kota Makkah. Malahan ia adalah warisan yang perlu dipertahankan.
Setelah lama menyepikan diri, Abd. Muttalib bersuara, “Kami juga
tiada hajat memerangi kamu.
Tidaklah menjadi kesakitan kepada kami jika ianya berlaku. Rumah ini
(Ka’abah) adalah rumah Allah yang
mulia yang dibina oleh Ibrahim kekasihNYA. Demi Allah kami akan mempertahankannya”.
Begitulah
kenyataan yang tegas dari Abd. Muttalib serta menolak pemberian 200
ekor unta sebagai tanda membantah
rancangan Abrahah.
Mendengar pemberian 200 ekor unta ditolak oleh Abd. Muttalib,
bertambah kuat azam Abrahah
untuk menyerang dan meruntuhkan Ka’abah. Baginya penolakan itu bererti
mengundang padah pada agama
anutan Abd. Muttalib dan penduduk Makkah.
Abrahah menyiapkan pasukan bergajah yang belum pernah digunakan
dalam peperangan sebelum
ini kerana peperangan kali ini merupakan peperangan yang paling besar
dalam hidupnya dan peperangan
yang akan menentukan pemerintahnnya yang paling mulia di dunia. Ibnu
Kathir mengisahkan bahawa
Abrahah telah menyediakan seekor gajah yang gagah perkasa sebagai tunggangannya
yang diberi nama
‘Mahmud’ manakala bersamanya 8 ekor, menurut riwayat yang lain 12 ekor
untuk merobohkan Ka’abah
dengan sekali rempuh. Tujuannya hanya satu iaitu untuk meruntuhkan
Ka’abah.
Tentera Bergajah Menyerang.
Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Hiruk-pikuk
suara teriakan
kedengaran di sana-sini. Suasana menjadi kelam-kabut. Kepulan debu
kemaraan tentera bergajah telah
kelihatan walaupun masih jauh. Abrahah mengepalai serangan ini dengan
matlamatnya yang satu iaitu untuk
merobohkan Ka’abah di Kota Makkah supaya penduduk di Semenanjung Tanah
Arab tidak lagi
mengunjunginya setiap tahun untuk menunaikan haji sebaliknya datang
ke Sana’, Yaman mengerjakan haji
di Ka’abah yang dibinanya sendiri. Begitulah besarnya angan-angan Abrahah.
Abd. Muttalib yang menjadi pemimpin Kota Makkah menjadi cemas.
Apa yang perlu dilakukannya
sedangkan tentera Abrahah semakin hampir. Dalam keadaan gawat seperti
ini, hatinya bertambah sayu
melihat Aminah yang sarat mengandung menunggu masa melahirkan bayi
yang bakal memimpin ummah.
Lebih menyedihkan lagi pabila Abd. Muttalib mengenangkan Aminah yang
kehilangan suami tercinta ketika
kandungannya berusia dua bulan. Saat-saat begini sudah tentu si isteri
menginginkan suami sentiasa berada
di sisi. Tapi apakan daya, Allah menghendaki perkara ini berlaku di
atas utusanNya yang akan melaksanakan
tugas dengan menggantungkan harapan sepenuhnya kepada penciptanya.
Orang ramai menunggu keputusan muktamad dari Abd. Muttalib. Beliau
memerintahkan sepasukan
tentera menghalang kemaraan tentera bergajah Abrahah manakala yang
lain bersiap sedia di atas bukit.Kaum
wanita dan kanak-kanak pula diperintahkan bersembunyi di atas bukit
serta menanti tindakan yang akan
dilakukan oleh Abrahah ke atas Ka’abah.
Abd. Muttalib bersama beberapa orang pemuda mengelilingi Ka’abah
untuk menjadi benteng
terakhir jika sekiranya Abrahah dapat memasuki Masjidil Haram. Abd
.Muttalib berkata, “Aku bersumpah
dengan Tuhan Ka’abah, sesungguhnya bagi rumah yang mulia ini ( Ka’abah)
pasti ada tuhan yang
menyelamatkannya”.
Abrahah dapat menewaskan tentera yang dikirim oleh Abd. Muttalib
untuk menghalang
kemaraannya dengan mudah. Beliau merasakan usahanya untuk memusnahkan
Ka’abah seakan-akan sudah
berjaya. Abrahah memerhatikan gajah tunggangannya yang diberi nama
‘Mahmud’ begitu setia dan taat pada
setiap perintahnya. Tambahan pula ia adalah gajah yang paling kuat
dan gagah, sesuai digunakan untuk
tujuan yang baginya sangat mulia itu.
Menurut Tafsir Ibnu Kathir, apabila hampir ke pintu gerbang Kota
Makkah, seorang lelaki yang
bernama Nafil bin Habib menyeru dengan suara yang lantang, “Wahai ‘Mahmud’
! Sesungguhnya kamu
berada di Tanah Allah yang mulia”. Mendengar seruan itu, gajah tunggangan
Abrahah serta gajah-gajah
yang lain berhenti lalu duduk menyembamkan kepala ke tanah tanda tunduk
menghambakan diri kepada
Allah dan rasa bersalah membantu Abrahah untuk memusnahkan rumah yang
akan menjadi kiblat kepada
umat Islam suatu masa nanti. Abrahah menjadi marah kerana belum pernah
gajah-gajah itu berhenti kecuali
dengan perintahnya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membangunkan
gajah-gajah itu tetapi sia-sia
belaka. Akhirnya Abrahah memerintahkan supaya dipukul dengan kapak
pada kepala gajah tersebut dan
diletakkan sendal di tengkuknya. Gajah tersebut tetap tidak bergerak.
Orang ramai yang berada di atas bukit menyaksikan peristiwa tersebut
dengan penuh kehairanan.
Akhirnya gajah yang bernama ‘Mahmud’ itu bangun dengan disertai oleh
gajah-gajah yang lain. Tetapi ia
tidak terus mara sebaliknya memusingkan badan ke belakang dan berjalan
kembali ke Yaman.
Ketika itu pada dada langit kelihatan sekumpulan burung yang
terlalu banyak - menurut Ibnu Kathir
ia adalah sekumpulan burung hitam yang datang dari arah laut - dan
pada kaki serta paruhnya terdapat
ketulan-ketulan batu. Ibnu Abbas menyifatkan sekumpulan burung itu
dengan sejenis haiwan berterbangan
seakan-akan burung yang tidak pernah dilihat oleh manusia sebelum ini.
Setiap seekor membawa tiga ketulan
batu, 2 biji di kaki dan sebiji di paruhnya.
Pemandangan menjadi mendung dengan kedatangan sekumpulan burung
ini lalu menghujani tentera
bergajah dengan batu-batu yang amat memedihkan. sesiapa yang terkena
batu ini akan mengalami luka yang
amat parah. Allah s.w.t menurunkan wahyuNya kepada Nabi Muhammad s.a.w
menceritakan peristiwa ini.
Firman Allah Ta’ala dalam Surah al Fil ayat 1 hingga 5 yang bermaksud
: “Apakah kamu tidak melihat
bagaimana Allah bertindak terhadap tentera bergajah. Bukankah Dia
telah menjadikan tipu daya mereka
(untuk menghancurkan Ka’abah) sia-sia. Dan Dia telah mengirimkan
sekumpulan burung. Yang menghujani
mereka dengan batu-batu dari tanah yang terbakar. Lalu dijadikan
mereka binasa seperti daun-daun yang
dimakan (ulat)”.
Sebahagian besar tentera bergajah menemui ajal serta-merta. Sebahagiannya
sempat lari tetapi
mengalami luka yang amat parah dan akhirnya menemui ajal di negeri
mereka sendiri. Abrahah sempat
melarikan diri ke Yaman dalam keadaan parah dengan tangannya terpotong.
Apabila sampai ke tempatnya,
Abrahah menceritakan apa yang berlaku kepada tenteranya. Setelah selesai
menceritakan apa yang menimpa
mereka, Abrahah mati di negerinya sendiri dengan penuh penghinaan.
Ia merupakan satu pengajaran kepada
kaumnya agar jangan mencari kemegahan dengan meruntuhkan rumah ibadat.
Menurut Ibnu Hisyam, ia
adalah sebahagian mukjizat Nabi s.a.w yang berlaku sewaktu kelahiran
baginda.
Setelah keadaan kembali reda, orang ramai kembali ke rumah masing-masingdan
meneruskan kerja
seharian. Abd. Muttalib bersyukur kepada tuhan kerana menurunkan bantuan
untuk menyelamatkan
Ka’abah. Sebagai tanda kemenangan tersebut, Abd. Muttalib menyembelih
beberapa ekor unta dan kambing
serta mengadakan temasya dan keraian.
Kelahiran.
Saidatina Aminah binti Wahab selamat melahirkan bayi pertama hasil
perkongsian hidupnya dengan
Abdullah bin Abd. Muttalib. Tapi sayang, suaminya tidak sempat menatap
wajah anak comel ini. Semasa
mengandungkan bayi ini Aminah telah bermimpi beberapa kali melihat
cahaya yang menerangi timur dan
barat sehingga cahaya itu menerangi Istana Basrah di Syam (Syria).
Nabi s.a.w dilahirkan di rumah Abi Talib. Rumah itu dijadikan
masjid oleh Khaizuran bin Harun ar
Rasyid pada zaman pemerintahan Abbasiah.
Aminah memandang anak kecil ini. Wajahnya putih bersih, dahinya
luas, rambutnya sangat hitam
dan tebal, lebat keningnya, mata hitamnya yang besar serta kemerahan
pada pinggirnya serta panjang bulu
matanya menambahkan keindahan dan menjadikan baginda sangat menarik.
Diriwayatkan oleh at Tabari
bahawa Nabi s.a.w dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan. Beberapa
orang perempuan yang berada di
sisi Aminah begitu kagum dengan bayi ini. Belum pernah dilahirkan bayi
seumpamanya. Lalu salah seorang
di kalangan mereka berkata, “Wahai Aminah ! Sesungguhnya engkau
melahirkan pemimpin bagi umat ini”.
Aminah menjawab, “Aku memohon penjaganya dengan tuhan yang satu daripada
setiap kejahatan manusia.
Aku namakan bayi ini dengan nama Muhammad”. Lalu Aminah meletakkan
Muhammad di atas ribanya.
Kemudian Muhammad menggenggam segenggam tanah dan Aminah menuruti apa
yang dilakukan oleh
baginda. Lalu baginda memandang ke langit.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Aminah apabila selamat melahirkan
Nabi s.a.w ialah
mengutuskan seorang hamba kepada Abd. Muttalib menyampaikan berita
gembira kelahiran cucunya yang
dinanti-nantikan selama ini. Mendengar perkhabaran itu, Abd. Muttalib
merasakan dirinya adalah orang
yang paling gembira di dalam dunia ini. Lebih-lebih lagi cucunya itu
adalah lelaki dari keturunan Abdullah
yang merupakan anak yang paling dikasihinya.
Abd. Muttalib mendukung Rasulullah mengelilingi Ka’abah dan kemudian
mengishtiharkan nama
baginda dengan nama Muhammad. Seorang pemuda bertanya, “Mengapakah
kamu wahai pemimpin Kota
Makkah menamakan bayi ini dengan nama Muhammad ?”. Jawab Abd. Muttalib,
“Aku berharap dia
disanjung oleh penduduk bumi dan dipuji oleh penduduk langit”. Kelahiran
Rasulullah disambut dengan
penuh meriah. Pemimpin-pemimpin Kota Makkah bergilir-gilir mendukung
baginda. Orang ramai pula
merasa tidak merasa puas menatap wajah baginda dan sekali-sekala mereka
menyentuh kulit baginda yang
putih bersih.
Kebiasaan orang-orang Arab mengadakan sambutan kelahiran pada
hari ketujuh selepas kelahiran
seseorang bayi. Bapa saudara Rasulullah s.a.w, Abu Lahab telah mengurbankan
seratus ekor unta untuk
kenduri meaikan kelahiran baginda serta memerdekakan hambanya Suwaibah
al Aslamiah yang
memberitahu kepada beliau tentang kelahiran Nabi sa.w. Begitulah betapa
gembiranya keluarga beginda
dengan kelahirannya.
Berkata Qadhi Iyadh, sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w terdapat
enam orang yang bernama
Muhammad. Mereka ialah Muhammad bin Ubaihah, Muhammad bin Muslimah
al Ansari, Muhammad bin
Barra’, Muhammad bin Sufian, Muhammad bin Hamran al Ja’fari dan Muhammad
bin Khuzaie. Menurut al
Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, sebelum kelahiran baginda terdapat
15 orang yang bernama
Muhammad. Kebanyakan bapa-bapa mereka ini adalah orang yang mengetahui
selok-belok kitab
samawi,mereka mengharapkan anak mereka menjadi nabi akhir zaman. Apabila
lahirnya Rasulullah s.a.w,
Allah mengilhamkan kepada datuknya dengan nama ini.
Keturunan
Telah menjadi ketetapan Allah melahirkan utusanNya dari keluarga yang
mulia dikenali di kalangan
manusia daripada keluarga yang dihormati dari segi kedudukan dan keturunan.
Begitulah juga yang berlaku
kepada Baginda s.a.w, ayahnya adalah seorang yang dihormati, mempunyai
budi pekerti yang mulia,
disegani kawan dan lawan, rajin bekerja serta terhindar daripada budaya
kehidupan masyarakat jahiliah
yang tidak mementingkan akhlak dan moral. Manakala ibu Nabi s.a.w Aminah
binti Wahab bertemu nasab
dengan ayah baginda pada datuk mereka berdua iaitu Kilab bin Murrah.
Aminah mempunyai ciri wanita
solehah yang sejati, ayahnya Wahab adalah pengikut agama Hanif iaitu
agama Nabi Ibrahim dan menjadi
ketua bani Zuhrah. Menurut ahli sejarah, Rasulullah telah mewarisi
sifat-sifat kebaikan yang terdapat pada
ayah dan ibu baginda manakala dari segi rupa-paras dan tubuh-badan
baginda juga mewarisi sifat-sifat ini
dari ayah dan ibu baginda.
Susuan
Rasulullah mendapat penyusuan pertama daripada ibu baginda sendiri,
ada pendapat yang
mengatakan bahawa baginda menyusu dari pada ibu baginda selama tiga
hari. Ada yang berpendapat tujuh
hari dan sembilan hari. Kemudian Rasulullah disusui oleh Suwaibah iaitu
hamba bapa saudara baginda Abu
Lahab beberapa hari sebelum kedatangan Halimatun Sa’adiah. Ada riwayat
yang menceritakan sebelum
kedatangan Halimatun Sa’adiah Rasulullah menyusu daripada isteri bapa
saudaranya Hamzah. Pernah satu
ketika Uqbah bertanya kepada nabi, “Adakah engkau tidak sudi mengahwini
anak Hamzah yang bernama
Fatimah ?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Sesungguhnya Fatimah adalah
saudaraku daripada susuan”. Telah
menjadi adat orang-orang Arab menyerahkan anak mereka untuk disusukan
oleh orang-orang badwi
(kampung) supaya anak mereka bersopan-santun, sihat tubuh-badan, bersih
akal dari perkara-perkara yang
jahat dan tidak bermoral, menghilangkan sifat malas dan putus asa.
Dan yang pentingnya supaya anak
mereka mempunyai kefasihan dalam berbahasa Arab. Tempoh penyusuan ini
selalunya ditetapkan oleh
kedua pihak dan adakalanya ditetapkan enam bulan dan ada yang menetapkan
selama dua tahun, ada yang
menetapkan penjagaan ke atasnya selepas dua tahun iaitu sehingga enam,
tujuh atau sepuluh tahun
bergantung kepada tempoh perjanjian yang dipersetujui. Orang-orang
badwi yang paling terkenal dengan
penyusuan dan penjagaan anak ialah Bani Saad kerana kefasihan mereka
bertutur dalam bahasa Arab fushah.
Seperti orang lain, Halimatul Sa’adiah binti Suwaid mengunjungi Makkah
untuk mengambil upah menyusu
bayi kerana pada tahun ini adalah tahun kemarau, tanaman tidak menjadi,
binatang peliharaan menjadi kurus
dan hujan tidak turun. Bersamanya suami dan anak-anak serta binatang
ternakan dengan harapan mudah-
mudahan ada orang yang membeli binatang ternakannya. Cukuplah buat
saraannya setahun. Pemergiannya
agak lewat berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain yang sudah mendahuluinya
dua tiga hari lagipun
tunggangannya tidak pantas. Apabila tiba di Kota Makkah, Halimah mengunjungi
dari rumah ke rumah jika
ada orang yang mengupahnya menyusui bayi mereka. Hampir kesemua rumah
yang dikunjungi namun masih
belum berjumpa seorang yang mahu mengupahnya. Akhirnya Halimah berjumpa
dengan seorang perempuan
yang kemudian berkata kepadanya, “Wahai wanita Bani Sa’adiah ! Kedatangan
kamu agak lewat. Semua
anak kecil yang baru lahir telah diambil oleh penyusu yang mendahului
kamu, tetapi terdapat seorang bayi
lelaki yang baru lahir, ibunya bernama Aminah, tetapi bapanya sudah
tiada. Dia berada di rumah datuknya
Abd. Muttalib” Hampa harapan Halimah untuk mendapat upah menyusu.
Mengikut adat mereka amat
malang jika mengambil anak yatim menjadi anak susuan. Pada anggapan
mereka anak yatim tidak
mendatangkan tuah. Halimah berkata kepada suaminya al Haris, “Sesungguhnya
aku tidak suka jika
kepulangan kita tanpa ada susuan tetapi yang tinggal hanyalah anak
yatim. Aku tidak akan mengambilnya”.
Berkata al Haris, “Jangan kamu bersikap begini, kita tidak melihatnya
lagi mudah-mudahan Allah
menjadikan bagi kita keberkatan dengannya”. Al Haris mengarahkan himar
tunggangan mereka menuju ke
rumah Abd. Muttalib. Himar ini berjalan dengan agak pantas tidak seperti
dalam perjalanan menuju ke
Makkah tadi yang pegerakannya agak lembab menyebabkan mereka terlewat.
Apabila Aminah mempersilakan pasangan suami isteri ini masuk,
Halimatul Sa’adiah memandang
seorang anak kecil dibaluti kain putih yang lembut dan di bawahnya
terhampar kain sutera bewarna hijau
dalam keadaan sedang tidur. Halimah menceritakan saat-saat tersebut
dalam katanya, “Aku bimbang jika
kedatanganku mengejutkannya dari itdur kerana kanak-kanak ini sungguh
comel, putih bersih wajahnya. Aku
menghampirinya perlahan-lahan lalu meletakkan tanganku di atas dadanya.
Dia tersenyum sambil membuka
matanya memandang tepat ke wajahku. Aku melihat di dalam matanya cahaya
yang sungguh indah. Aku
melihat wajahnya lalu timbul rasa kasih kepadanya seolah-olah dia adalah
dari darah dagingku sendiri. Lalu
aku mencium di antara dua matanya dan aku merasai bau badannya melebihi
bau kasturi. Aku berasa syukur
kepada Allah kerana menganugerahkan kepadaku seorang yang tidak pernah
aku impikan selama ini”.
Kemudian Halimah mendukung baginda dan memberikan teteknya yang
sebelah kanan untuk disusui
oleh baginda. Halimah membiarkan baginda menyusu seberapa banyak yang
diingininya. Kemudian
Halimah mengalihkan baginda untuk disusu dengan teteknya yang sebelah
kiri tetapi baginda enggan dan
menolaknya. Lalu Allah mengilhamkan kepada Halimah bahawa penolakan
baginda itu adalah kerana
baginda bersifat Qana’ah dan tidak mahu merampas hak saudara susuannya
Abdullah bin Harith iaitu anak
Halimatul Sa’adiah.
Setelah sekian lama bersama keluarga baginda, Halimah meminta
izin untuk membawa pulang Nabi
s.a.w bersama mereka menuju ke perkampungan Bani Saad. Setelah memberi
upah susuan, Aminah
mencium baginda sebagai tanda perpisahan buat sementara waktu. Di dalam
hatinya berkata, “Kita akan
berjumpa nanti. Ibu akan sentiasa mengujungimu dan ibu sentiasa
merinduimu”.
Allah s.w.t telah memilih Halimatus Sa’adiah di antara puluhan
wanita yang mengambil upah
menyusu untuk menyusu baginda s.a.w. Pilihan ini adalah satu anugerah
yang tak boleh dipandang remeh
kerana Halimah adalah dari keturunan soleh serta beriman kepada ajaran
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.
Pilihan ini adalah sebagaimana kisah Nabi Musa a.s setelah berada di
istana Firaun. Firaun mengarahkan
semua wanita yang telah melahirkan anak untuk menyusu Nabi Musa dengan
upah yang lumayan. Nabi Musa
menolak kesemuanya. Akhirnya ibu Nabi Musa memberanikan diri hadir
ke istana untuk menyusu baginda
dan dengan takdir Allah Nabi Musa menerimanya. Akhirnya Nabi Musa kembali
ke pangkuan ibunya sendiri
dan menyusu dari ibunya sebagaimana yang diceritakan oleh Allah di
dalam firmanNya yang bermaksud :
“Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya senang hatinya
dan tidak berdukacita dan supaya ia
mengetahui janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahuinya”. (al Qasas, ayat 13)
Ibnu Ishak meriwayatkan di dalam kitab sirahnya bahawa saudara-saudara
susuan Rasululah ialah
Abdullah bin al Harith, Unaisah binti al Harith dan Huzafah binti al
Harith yang lebih dikenali dengan
Syaima’ kerana memiliki suara yang lemak merdu serta berkebolehan dalam
bersyair.
Syaima’ pernah menggambarkan Rasulullah di dalam syairnya :
Ibuku tidak pernah melahirkannya,
Tetapi dia adalah saudaraku.
Dia bukan dari keturunan bapaku,
Akhlaknya sangat mulia.
Ya Allah ! Kekalkanlah saudaraku Muhammad
Sehingga aku melihatnya dewasa dan memebesar bersamaku
Aku yakin dia akan menjadi pemimpin
Yang akan menerajui ummat nanti
Hindarkan dia dari kebencian manusia
Dan hasad dengki
Berikanlah dia kemuliaan dan kemegahan
Yang kekal abadi.
Nabi s.a.w di bawah pemeliharaan Halimatul Sa’adiah dan
perkara ganjil yang berlaku ketika
bersama keluarga susuan baginda
Perkampungan Bani Saad adalah kawasan yang paling dahsyat ditimpa
kemarau pada tahun itu. Hujan tidak
turun, tanah menjadi kering kontang, tanaman tidak menjadi, tempat
yang menjadi makanan utama binatang
ternakan kering dan layu menyebabkan ternakan menjadi kurus, susu binatang
seperti susu unta dan kambing
yang menjadi minuman utama berkurangan, manakala hasil tanaman seperti
gandum dan sayuran tidak
mencukupi. Kebanyakan penduduk Bani Saad berpindah untuk mencari penempatan
sementara, dan akan
pulang ke perkampungan mereka semula apabila keadaan kembali berubah.
Halimah dan suaminya Al-Haris
tetap akan tinggal di perkampungan mereka kerana itulah tanah dan rumah
yang mereka miliki. Mereka
menyedari akan mengalami kesukaran untuk terus tinggal di situ tetapi
apakan daya itulah kehendak hati
mereka berdua, tidak terlintas untuk berpindah. Menurut Ibnu Hisyam
tahun itu dikenali dengan tahun
“Syahba’ ” yang bermaksud keruh (kelabu) kerana tiada suatu pun tumbuhan
yang berwaran hijau mewarnai
perkampungan Bani Saad.
Sewaktu menempuh perjalanan pulang ke perkampungan mereka, Halimah
dapat merasai
perubahan pada tunggangannya yang berjalan dengan pantas. Manakala
terik matahari tidak terasa kerana di
payung awan yang sentiasa mengekori mereka sehinggalah ke perkampungan
Bani Saad.
Keesokan harinya, seperti biasa Halimah bangun agak awal untuk
menyiapkan sarapan. Dia melihat
keajaiban yang luar biasa, ternakannya yang dahulunya kurus kering
kini gemuk berisi pada kantungan-
kantungan susunya begitu besar, seolah-olah meronta-ronta untuk diperah.
Halimah memanggil suaminya
al-Haris. Al-Haris memerah susu ternakan mereka dan meniaga serta dibahagi-bahagikan
susu itu kepada
jiran-jiran.
Manakala tanah tempat tanam tidak lagi kering. Sebaliknya
lembah, sesuai untuk
tanam. Pohon-pohon kayu yang seakan sudah mati kembali mengeluarkan
tunas-tunas yang
bercambah. Suasanan pada pagi itu, sungguh nyaman, tenteram dan dingin.
Sinaran mentari sungguh indah.
Angin bertiup membawa udara bersih. Menyambut tetamu agung yang mengunjungi
perkampungan Bani
Saad. Burung-burung berkicauan menambah seri pagi yang indah itu.
Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya menceritakan, pada suatu
malam ketika rasulullah dan
anak-anak Halimah tidur, al-Haris berkata kepada isterinya “tahukah
kamu wahai Halimah, demi Allah
sesungguhnya engkau mengambil bayi yang barakah”. Halimah menjawab
“demi Allah, itulah yang aku
harapkan”.
Seperti kebiasaan seorang ibu ketika menidurkan anak, mereka
mendodoikan kata-kata yang indah
untuk memudahkan anak tidur. Halimah juga melakukan perkara yang sama.
Ketika menidurkan nabi
Halimah berkata “wahai tuhanku, Engkau menganugerahkannya kepadaku,
kekalkanlah ia bersamaku,
letakkanlah anakku ini di tempat yang mulia dan tinggi. Hindarkannya
dari kejahatan dengan kekuasaan
Engkau ya tuhanku”.
Akhlak Baginda Sewaktu Kecil
Allah yang maha berkuasa melantik rasulnya dan mendidik dengan
akhlak yang paling mulia.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “tuhanku telah mendidikku
dan memperelokkan akhlakku”
Sejak dari kecil rasulullah memiliki akhlak yang mulia berbanding kanak-kanak
yang seusia baginda. Tidak
pernah menyusahkan sesiapapun, tidak pernah meminta-minta, bersifat
Qana’ah dan sentiasa mengalah
dalam segala urusan, menjadi pendamai apabila terdapat pergaduhan antara
saudara susuannya. Sesiapa yang
melihat Muhammad sudah pasti akan tenteram hatinya, sekali memandang
wajahnya tidak rasa kepuasan.
Halimah menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada rasulullah
seolah-olah ia adalah anak
daripada darah dagingnya sendiri. Hiduplah rasulullah dalam dakapan
kasih sayang keluarga Halimatul
Sa’adiah.
Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun silih berganti, kini
genaplah empat tahun usia rasulullah
s.a.w. Ketika usia sekecil ini, baginda sudah mampu meringankan tanggungjawab
keluarga susuannya.
Kehidupan mereka juga sudah berubah, hasil tanaman dan ternakan bertambah
dari hari ke sehari.
Dalam usia empat tahun ini, rasulullah sudah berjaya memelihara
kambing yang jumlahnya
melebihi seratus ekor. Al-Haris sendiri begitu kagum dengan kecekapannya
dalam mengawasi dan
memelihara ternakan mereka kerana beliau sendiri tidak mampu melakukan
kerja ini dengan baik. Terdetik
di hatinya “Muhammad ini bukanlah sebarang orang, aku pasti dia
akan menjadi pemimpin ummah suatu
hari nanti ”. Daripada Abu Hurairah katanya, sabda rasulullah
“tidaklah daripada nabi-nabi itu kecuali
mereka memelihara kambing. Sahabat berkata “Engkau Ya Rasulullah
? sabda baginda “Ya” . Hadis
diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Kesabaran dan keberanian yang ditunjukkan oleh rasulullah di
waktu kecil sangat luar biasa.
Peristiwa Syaqus Sadri
Pendapat ulamak yang sahih, peristiwa ini berlaku ketika usia
baginda di akhir empat tahun, seperti
kanak-kanak lain. Rasulullah di waktu petang selalu bermain-main dengan
saudara susuannya di belakang
rumah Halimatul Sa’adiah. Ketika asyik leka bermain, tiba-tiba baginda
didatangi dua orang lelaki memegang
tangannya dan dibawa bersama mereka, lalu baginda diletakkan di atas
tanah kemudian dibelah jasad
rasulullah s.a.w. Apabila melihat kejadian yang luar biasa ini, Abdullah
bin Haris menjadi takut, lantas
berlari sekuat hati untuk mengkhabarkan peristiwa ganjil ini kepada
ibunya. Apabila tiba di hadapan
Halimah dan Haris beliau menangis sekuat hati sambil mengigil ketakutan.
Halimah menjadi cemas, belum
pernah Abdullah bersikap demikian, pasti sesuatu yang buruk berlaku.
Apatah lagi bila melihat Muhammad
tidak bersama-sama Abdullah. Halimah meninjau dari jauh, kalau-kalau
Muhammad kelihatan namun tidak
hatinya begitu cemas. Setelah mententeramkan Abdullah, Halimah bertanya
“Wahai anakku, apa yang
berlaku”. Dalam suara terketar-ketar Abdullah berkata, “Wahai ibuku,
sesungguhnya saudaraku,
Muhammad, beliau didatangi dua orang lelaki berpakaian putih. Mereka
mengambilnya ketika kami sedang
bermain serta membaringkannya lalu membelah perutnya”. Terperanjat
Halimah mendengar cerita ini...............................................(Bersambung)
Rujukan :
Sirah Ibnu Hisyam
Sirah an Nabawi
- Muhammad Abu Syahbah
Fiqh Sirah -
Ramadhan al Buthi
Fath al Bari
- Imam Ibnu Hajar
Tafsir Ibnu
Kathir